Thursday 15 March 2018

Tempat Pelancongan Di Kelantan

Destinasi tempat pelancongan di kelantan adalah berkaitan dengan,Pusat membeli-belah,Pantai,Gunung,Bersantai,dan bangunan dan monumen yang bersejarah.Negeri kelantan ataupun lebih juga dikenali sebagai Negeri Siti Wan Kembang.

Pusat membeli-belah

Pasar Besar Siti Khadijah ataupun nama dulunya ialah Pasar Besar Buluh Kubur.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.


Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal.


Selain itu,Bazar Bulu Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah..Ia mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan hasil kraftangan, kain dan baju batik, songket, cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di tingkat paling atas


Pantai

Pantai cahaya bulan merupakan diantara pantai yang terkenal di kelantan,atauoun nama singkatan PCB.Sangat seronok untuk bersiar-siar bersama keluarga di waktu petang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.


Bermain layang-layang pada waktu petang juga sangat menarik dan seronok dengan keadaan cuaca yang mendunng.Layang-layang jugak ada jual di sana.


Selain itu,Pantai Sri Tujuh juga diantara pantai yang terkenal di kelantan,yang terletak di Tumpat.Ia juga merupakan tempat rekreasi yang menarik di daerah Tumpat.






Gunung

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai 'Gunung Stong', terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Kuala Krai.Gunung Stong terletak di satu lembah yang dikelilingi oleh empat Gunung, iaitu Gunung Basor, Gunung Anak Noring, Gunung Chamat dan Gunung Setong.






Selain itu,Gunung Ayam juga terdapat di Hutan Jelawang yang terletak di Gua Musang.



Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Di persekitaran gunung Ayam terdapat pelbagai spesies flora dan fauna.





Bersantai
Jeram Pasu adalah merupakah salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Pasir Puteh.Mengikut sejarah dan cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan.




Selain itu,Jeram Linang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan.Air terjun Jeram Linang adalah dari jenis air terjun bertingkat setinggi 12 meter







No comments:

Post a Comment