Thursday 29 March 2018

Family Day


  Assalamualaikum,pada hari ini saya ingin, berkongsi tentang pengalaman dalam bersama-sama menyambut family day. Tujuan utama dalam menyambut family day ini adalah untuk merapatkan lagi ataupun mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli keluarga,kerana pada masa zaman sekarang sebanyakkan kita sendiri pun agak segan dengan sepupu sendiri. Oleh itu, mengadakan family day untuk bersama-sama berada dalam suatu tempat untuk sama-sama melakukan apa-apa saja aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.


  Pada masa itu,tahun 2015 kami sekeluarga bersama-sama pergi ke tempat penginapan dan bersama-sama juga dengan family yang lain utntuk sama-sama meraikan family day,nama tempat yang kami pergi adalah Permai Beach Resort.



  Setelah semuanya telah sampai,kesemua ketua keluarga pergi mengambil kunci bilik untuk meletakan barang-barang dan juga untuk beristerihat kerana ada juga yang daripada luar kelantan iaitu perak dan sebaginya.

  Kami yang lelaki remaja kena pergi mengangkat barang-barang untuk kegunaan di sana.sebagai contoh,barang-barang dapur,besar,dan yang paling penting kena membuat tempat untuk persiapan untuk membakar ayam pada malam itu. Angin yang kuat kerana berada dihadapan pantai.

  Pada malam itu,kami yang lelaki juga kena jadi tukang bakar ayam kepada semua,agak penat jugalah tetapi penat digantikan dengan melihat gelak tertawa oleh semua ahli keluarga dan juga amat berpuas hati kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga yang lain.


 Pada keesokkan paginya, ada permainan sukan-sukan kepada semua ahli keluarga,seperti cari barang tepung,lari dalam guni,tarik tali, dan banyak lagi.Kami sekeluarga sangat-sangat gembira dengan kerjasama yang dilakukan oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment