Thursday 29 March 2018

Sambutan Hari Raya


  Assalamualaikum, pada hari last puasa,iaitu hari last puasa,berbuka puasa,ketika itu lauk sangat banyak kerana semua adik beradik semuanya balik,pada saat itu perasaan sangat seronok kerana bila semua ahli keluarga bersama-sama.Siapa yang tidak gembira jika kesemua adik beradik semuanya balik pulang ke kampung untuk meraikan sambutan hari raya bersama-sama dengan ahli yang lain.

  Pada petang itu,kami semua yang lelaki keluar rumah untuk sama-sama tolong memasak lemang untuk esok hari.Selain itu, merebus nasi impit dalam bekas yang besar kerana bilangan bungkusan nasi impit yang banyak.Manakala yang perempuan sibuk menyediakan lauk untuk berbuka puasa.

 lemang

nasi impit sebelum rebus

  Pada malam,itu selepas berbuka puasa kena mengemas rumah dan juga menolong umi di dapur untuk membuat kuah kepada nasi impit dan sebagainya.Selepas selesai melakukan tugasan masing-masing semua berkumpul depan TV untuk sama-sama menonton cerita-cerita yang menarik kerana pada malam itu lah kami dapat bersama-sama untuk bersama.Perasaannya rasa seperti kanak-kanak balik.


 Pada keesokkan.paginya telah tiba hari yang dinantikan oleh semua orang,kerana untuk meraikan kemenangan dan kejayaan dalam berpuasa sebulan.Pada pagi itu,kami sekeluarga sama-sama pergi solat sunat hari raya.Selepas soalt,kami pergi ke kubur arwah datok dan nenek.

 
 Dan juga,selepas pulang dari kubur sampai di rumah kami adik-beradik memohon maaf dan bersalaman dengan abah dan umi.dan juga tidak lupa untuk minta maaf sesama adik beradik, kerana pada masa itu semua ada bersama-sama.


  Pada pagi itu,juga saudara mara datang ke rumah untuk sama-sama meraikan sambutan hari raya bersama-sama,dengan kami untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga.





 

No comments:

Post a Comment