Thursday 22 March 2018

Kampung(SEBERANG JELI)

  Assalamualaikum,pada pagi jumaat ini,saya ingin berkongsi tentang kampung halaman saya di jeli,kelantan.Jeli merupakan tempat tinggal datok dan nenek saya.Ianya juga antara tempat saya tinggal masa umur saya 4 tahun,kerana datok nak duduk dengan cucu dia la kot..Bagi saya jeli merupakan tempat saya banyak belajar semasa saya kecil,nenek dan datok saya merupakan pekebun.Oleh itu,pada masa yang sama semasa mereka pergi ke dusun,saya ikut sekali,dan disitu saya rasa menarik bila di dusun kerana disana banyak terdapat buah-buahan seperti rambutan,langsat,jambu,pelbagai jenis durian,dan banyak lagi.Selain itu,saya juga pernah mengutip getah bersama meraka..



 Gambaran dusun

  Tidak lupa juga kepada sepupu saya,yang sama umur dengan saya bersama-sama tinggal bersama mereka.Sepupu atauoun lebih dikenali sebagai (Pok Dit),banyak perkara yang kami buat bersama-sama semasa tinggal di kampung mahupun dusun.Sebagai contoh pergi makan buah-buahan,mandi sungai.Kami juga pernah kena marah dengan datok,sebab pada masa itu,dia panggil kami untuk balik makan tengahari,tapi mandi punya syok sampai tidak dengar panggilan itu.😢

Sungai


  Masih segar lagi dalam ingatan tentang peristiwa yang menarik masa kecil.Saat paling sedih juga boleh dikatakan ialah bila terpaksa meninggalkan orang yang sayangkan kita.Pada masa itu,saya bermain dengan sepupu masa itu,kami bermain bersama-sama juga dengan jiran yang berdekatan.Ibu bapa saya balik kampung juga untuk berjumpa dengan nenek dan datok.Saya merasa sangat gembira bila tengok kereta yang saya kenal mari,saya bergegas manuju kearah kereta.Selepas itu,bersalam dengan abah dengan umi.mereka memeluk saya..Kelihatan pada muka mereka sangat gembira bila dapat juga dengan saya,tapi kelihatan muka sedih pada wajah datok dengan nenek saya.😢😢

  Selepas itu,abah dengan umi bersalam dengan mereka.dan masuk dalam rumah.dan tidur untuk semalaman kerana kampung(jeli) dengan rumah saya lebih kurang 90KM.Oleh itu,berehat semalaman kerana jauh perjalanan.Pada malam itu,saya rasa seronok sangat kerana dapat tahu yang abah dengan umi datang untuk ambik saya pulang,kerana nak masuk tahun baru,sebab masa umur 5 tahun,saya kena pergi sekolah.Oleh itu,terpaksa bawak saya pulang kerana nak start pembelajaran.

  Pada keesokkan paginya,selepas dari makan pagi semua kira-kira dalam pukul 10.30 pagi.dan buat semua aktiviti saya semasa pagi.abah dengan umi cakap jom balik,saya rasa sangat-sangat gembira.dan umi suruh pergi salam dengan datok dan nenek saya.Dan pada masa itulah saya tengok waja muka mereka nampak kesedihan.nenek dan datok saya memeluk saya dengan erat sangat.Dan juga meraka bagi kepada saya duit bewarna merah(RM10).Pada masa itu saya rasa duit itu sangat-sangat banyak,sbb selalu ada duit warna biru ja(RM1).😁Pastu meraka pesan belajar rajin-rajin dengar cakap abah dengan umi..saya ucapkan terima kasih kepada meraka,sambil senyum-senyum.selepas itu,saya pergi masuk dalam kereta...

  Bagi,saya datok saya merupakan seorang yang penyayang kepada keluarganya,kerana tegas dalam melakukan apa-apa sahaja.saya selalu kena marah dengan dia.tapi saya rasa sangat gembira juga sebab sekarang baru saya sendiri pun sedar yang marah sebab sayang.Selain itu, nenek saya juga merupakan seorang yang penyabar dan sentiasa menolong saya ketika saya kena marah dengan datok,walaupun benda yang saya buat adalah saya.



  

No comments:

Post a Comment