Thursday 1 March 2018

Kebudayaan Masyarakat Kelantan

Negeri Kelantan terkenal dengan tradisi dan warisan kebudayaan dan kesenian. Berikut merupakan kebudayaan dan kesenian yang masih boleh didapati di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

   Tembikar

  Tembikar merupakan salah satu kraftangan yang dihasilkan melalui tanah liat. Sejak dahulu lagi, tembikar sering digunakan untuk kegunaan sebagai upacara kematian dan keagamaan oleh masyarakat ulu di Sarawak. Pembuatan tembikar dihasilkan pada zaman Neolitik. Pelbagai artifak telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini, barangan tembikar telah menjadi ikon utama untuk perhiasan rumah. Ukiran di dinding pejabat, lampu tidur dan sebagainya telah diambil daripada seni ukiran tembikar. Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Masing-masing membuat barangan tembikar daripada tanah liat yang terpilih sahaja kerana untuk menjaga kualiti dan tahan lasak barangan tersebut.

Tembikar

 Terdapat dua tempat perusahaan yang terkenal di Kelantan iaitu, di Kampung Sribong, Kota Bharu dan Kampung Mambong, Kuala Krai. Masing-masing membuat barangan tembikar daripada tanah liat yang terpilih sahaja kerana untuk menjaga kualiti dan tahan lasak barangan tersebut.

Tembikar,Kampung Sribong,Kota Bharu

Tembikar,Kampung Mambong,Kuala Krai

    Rotan

   Rotan digunakan untuk menghasilkan perabot dan bakul. Rotan boleh dijadikan sebagai kayu untuk membuat perabot apabila dipotong mengikut bahagian-bahagian tertentu. Rotanboleh diserikan dengan pelbagai warna dan boleh dibentuk dengan pelbagai rupa. Tambahan pula, bahagian luar rotan juga boleh menghasilkan anyaman. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.

Kerusi Rotan,Kampung Gelang Mas,Pasir Mas

  Wayang Kulit

  Wayang Kulit merupakan sejenis permainan tradisi rakyat Kelantan yang diwarisi sejak turun–temurun. Pertunjukkan Wayang Kulit biasanya diadakan di bangsal atau panggung lengkap dengan kumpulan muzik serta patung–patung wayang kulit yang terdiri daripada pelbagai watak. Tok Dalang merupakan orang yang melakonkan atau menggerakkan patung-patung wayang kulit mengikut kisah cerita yang hendak dipertunjukkan. Wayang kulit dimainkan pada waktu malam di majlis-majlis keramaian atau pesta. Kisah cerita yang diriwayatkan dalam permainan wayang kulit asalnya adalah dari epik Hindu tetapi kini telah diubahsuai dengan kebudayaan melayu tempatan. Perusahaan ini boleh didapati di Kampung Kemasin, Bachok, Kampung Pasir Chetok, Pasir Mas, Kampung Laut 2, Tumpat, Kampung Setek, Kota Bharu, Kampung Sri Tanjong, Tumpat dan lain-lain lagi.
  
Wayang Kulit


Ukiran Kayu 

  Kraf tradisional yang dihasilkan daripada kayu yang berkualiti tinggi seperti cengal, jati dan merbau yang mana sering digunakan untuk membuat bot dan perabot. Di Kelantan, motif ukiran kayu biasanya berdasarkan tempat kraf itu digunakan. Motif kaligrafi kebanyakannya digunakan di masjid dan motif alam sekitar dibangunan istana dan golongan bangsawan. Semakin cantik dan menarik ukiran itu, semakin tinggi golongan masyarakat yang menggunakannya. Seni ukiran kayu ini begitu aktif dihasilkan di Kelantan terutamanya di sekitar Tumpat.






  Songket

  Songket merupakan pakaian tradisional melayu yang sentiasa dibanggakan oleh penduduk di negeri Kelantan. Songket diberi jolokan sebagai "Cloth of Gold". Selalunya pakaian songket ini dikhaskan untuk pihak diraja sahaja. Namun kini ia sudah biasa digunakan oleh orang ramai dalam melangsungkan perkahwinan atau menyambut apa-apa perayaan. Industri tenunan songket boleh didapati di sekitar Kampung Penambang, Kota Bharu.



No comments:

Post a Comment