Thursday 29 March 2018

Pindah Sekolah



  Assalamualaikum,pada malam yang indah saya ingin berkongsi tentang pengalaman pindah sekolah,bagi kita semuakan pindah sekolah adalah benda biasa yang berlaku pada zaman sekarang.tetapi bagi aku adalah sesuatu yang sangat-sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan kawan-kawan yang duduk dengan kira selama 3 tahun tambah-tambah lagi duduk di asrama bersama-sam,oleh itu,kawan itu sudah menjadi macam adik beradik kita sendiri.

  Pada from 1-3,saya bersekolah di Maahad Syamsul Maarif (L).dan tambahan lagi tinggal di asrama bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain lagi.Pada mulanya sememangnya tidak mahu pindah sekolah tetapi keadaan memaksa, antara sebab utama adalah untuk menyambung pelajaran masa from 4 dalam aliran sains tulen.kerana di sekolah itu tidak ada aliran sains tulen.

  
Logo 

  Oleh itu,amat berat hari ini untuk meniggalkan teman-teman seperjuanggan dalam lebih kurang 3 tahun kami bersama dan boleh dikatakan mengenal sendiri peragai masing-masing macam mana?..Kerana setiap pertemuaan pasti ada perpisahan.

  Dan masanya telah pun tiba,pada masa itu nama sekolah yang ingin bertukar adalah Maahad Pengajian Islam (MPI).

Logo 

  Pada mulanya,hari pertama masuk sekolah ini dengan keadaan kena berdikari kerana uruskan diri sendiri kerana abah dengan umi bekerja.Dan disini jugalah banyak pengalaman yang banyak mengajar.Yang paling tidak sangka adalah,saya tidak terlintas dalam fikiran yang mana ada orang yang saya kenal sejak dari kecil lagi yang mana sekolah dekat sini. Kami mula bertemu di kantin sekolah,pada masa itu,dia sedang makan nasi bersama-sam dengan rakan-rakannya yang lain.Dia orang yang menegur saya terlebih dahulu.Dan pada masa itu saya sangat-sangat terkejut dengan keadaan pada masa itu,kerana tiada orang yang saya kenal tetapi bila dapat tahu macam itu,saya rasa sangat gembira..Oleh itu, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia tersendiri,kerana setiap ujian yang diuji oleh Allah ada didalam kemampuan kita sendiri kerana Allah menguji hambanya didalam kemampuan tersendiri.



  

Family Day


  Assalamualaikum,pada hari ini saya ingin, berkongsi tentang pengalaman dalam bersama-sama menyambut family day. Tujuan utama dalam menyambut family day ini adalah untuk merapatkan lagi ataupun mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli keluarga,kerana pada masa zaman sekarang sebanyakkan kita sendiri pun agak segan dengan sepupu sendiri. Oleh itu, mengadakan family day untuk bersama-sama berada dalam suatu tempat untuk sama-sama melakukan apa-apa saja aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.


  Pada masa itu,tahun 2015 kami sekeluarga bersama-sama pergi ke tempat penginapan dan bersama-sama juga dengan family yang lain utntuk sama-sama meraikan family day,nama tempat yang kami pergi adalah Permai Beach Resort.



  Setelah semuanya telah sampai,kesemua ketua keluarga pergi mengambil kunci bilik untuk meletakan barang-barang dan juga untuk beristerihat kerana ada juga yang daripada luar kelantan iaitu perak dan sebaginya.

  Kami yang lelaki remaja kena pergi mengangkat barang-barang untuk kegunaan di sana.sebagai contoh,barang-barang dapur,besar,dan yang paling penting kena membuat tempat untuk persiapan untuk membakar ayam pada malam itu. Angin yang kuat kerana berada dihadapan pantai.

  Pada malam itu,kami yang lelaki juga kena jadi tukang bakar ayam kepada semua,agak penat jugalah tetapi penat digantikan dengan melihat gelak tertawa oleh semua ahli keluarga dan juga amat berpuas hati kerana dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga yang lain.


 Pada keesokkan paginya, ada permainan sukan-sukan kepada semua ahli keluarga,seperti cari barang tepung,lari dalam guni,tarik tali, dan banyak lagi.Kami sekeluarga sangat-sangat gembira dengan kerjasama yang dilakukan oleh semua pihak.

Sambutan Hari Raya


  Assalamualaikum, pada hari last puasa,iaitu hari last puasa,berbuka puasa,ketika itu lauk sangat banyak kerana semua adik beradik semuanya balik,pada saat itu perasaan sangat seronok kerana bila semua ahli keluarga bersama-sama.Siapa yang tidak gembira jika kesemua adik beradik semuanya balik pulang ke kampung untuk meraikan sambutan hari raya bersama-sama dengan ahli yang lain.

  Pada petang itu,kami semua yang lelaki keluar rumah untuk sama-sama tolong memasak lemang untuk esok hari.Selain itu, merebus nasi impit dalam bekas yang besar kerana bilangan bungkusan nasi impit yang banyak.Manakala yang perempuan sibuk menyediakan lauk untuk berbuka puasa.

 lemang

nasi impit sebelum rebus

  Pada malam,itu selepas berbuka puasa kena mengemas rumah dan juga menolong umi di dapur untuk membuat kuah kepada nasi impit dan sebagainya.Selepas selesai melakukan tugasan masing-masing semua berkumpul depan TV untuk sama-sama menonton cerita-cerita yang menarik kerana pada malam itu lah kami dapat bersama-sama untuk bersama.Perasaannya rasa seperti kanak-kanak balik.


 Pada keesokkan.paginya telah tiba hari yang dinantikan oleh semua orang,kerana untuk meraikan kemenangan dan kejayaan dalam berpuasa sebulan.Pada pagi itu,kami sekeluarga sama-sama pergi solat sunat hari raya.Selepas soalt,kami pergi ke kubur arwah datok dan nenek.

 
 Dan juga,selepas pulang dari kubur sampai di rumah kami adik-beradik memohon maaf dan bersalaman dengan abah dan umi.dan juga tidak lupa untuk minta maaf sesama adik beradik, kerana pada masa itu semua ada bersama-sama.


  Pada pagi itu,juga saudara mara datang ke rumah untuk sama-sama meraikan sambutan hari raya bersama-sama,dengan kami untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga.





 

Tempat-tempat bersejarah


  Assalamualaikum,pada malam yang indah, dingin-dingin anginnya,saya ingin berkongsi tempat-tempat yang bersejarah di negeri kelahiranku ini,iaitu negeri kelantan. Tempat-tempat ini juga antara tempat yang menpunyai sejarah yang tersendiri. Sebagaimana mana-mana tempatpun mempunyai sejarah keunikan ceritanya tersendiri.Antara contoh-contoh tempat bersejarah ialah yang paling dekat dengan rumah saya ialah Masjid kampung laut,Makam Raja Abdullah, Istana batu,Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Masjid Kampung Laut

  Menurut cerita tradisi,masjid kampung laut dulunya di daerah tumpat tetapi pada masa sekarang ini berada di nilam puri, masjid ini juga antara masjid tertua di asia tenggara. pada masa dulu,orang zaman dulu sama-sama bekreja untuk mengangkat sebuah masjid dari daerah tumpat ke nilam puri.atas sebab banjir.seperti mana yang kita tahu penduduk orang zaman dulu bekerja sama untuk mengangkat rumah.Pada masa yang sama,membinaan masjid kampung laut sangat unik kerana tidak menggunakan paku untuk mencantum-cantumkan antara kayu dengan kayu,dia menggunakan konsep masuk.



Makam Raja Abdullah

  Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.



 Istana Batu
Istana batu telah dibina pada 1939,pembinaan semasa zaman pemerintahan sultan ismail.Ia menempatkan Muzium Diraja dan sebelum ini digunakan sebagai tempat untuk perkahwinan diraja dan sebagai sebuah rumah tetamu untuk melawat royalti.Muzium Diraja kini berkhidmat sebagai repositori untuk sejarah keluarga diraja Kelantan dan memaparkan pakaian, gambar, perak, perabot dan barangan istana Sultan bekas.


Masjid Muhammadi Kota Bharu

 Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.ianya juga manjadi lambang kemegahan negeri kelantan.Pada kebiasaan waktu solat memang boleh dikatakan setiap waktu memang ramai orang yang solat secara berjemaah di masjid muhammadi.




Saturday 24 March 2018

Berbuka puasa bersama-sama Big Family

  Pada hari last puasa biasanya kami sekeluarga bersama-sama balik ke kampung untuk menyambut hari raya pada keesokkan hari.Sementara itu,tidak lupa kepada saudara yang lain,kerana umi ada lapan(8) orang adik-beradik.Oleh itu,ramai la sepupu.Pada hari,itu juga kami berkumpul di rumah datok untuk bersama-sama meraikan sambutan hari raya bersama-sama kerana juga,pada masa ini.kami semua keluarga dapat bertemu dengan semua.




rumah kampung



 Sementara menuggu waktu berbuka puasa,kami yang lelaki pergi bermain kat luar rumah seperti berjalan beramai-ramai keliling kampung,bagi yang perempuan pula mereka macam biasa la kena sediakan makanan untuk berbuka puasa.Kedengaran kat dapur sungguh bising sebab bila jumpa adik-beradik pastu dapat bersama-sama,perasaan nampak sungguh ceria.kami pula yang lelaki sepupu yang umur hampir-hampir sebaya pergi ronda kampung berjalan kaki beramai-ramai sambil berkongsi cerita menarik masing-masing.

jalan kampung



  Selain itu,pada masa berbuka puasa pula,pelbagai jenis makanan yang ada sampai tidak tahu untuk nak makan yang mana sebab semua nampak sedap,biasalah masa itu kan,puasa-puasa.Masa berbuka puasa diantara masa yang mana semua berkumpul disuatu tempat iaitu berbuka puasa bersama-sama.Antara lauk untuk berbuka puasa yang paling bagi sayalah ialah ayam perchik kuah banyak.Banyak lagi makanan lain yang ada,sebagai contoh ayam goreng,daging bakar,ulam-ulam,dan tidak lupa juga minuman yang pelbagai jenis.


 ayam perchik

contoh hidangan

Selepas selesai berbuka puasa,kami bergegas untuk solat maghrib secara berjemaah,dekat surau yang berdekatan dengan rumah datok.Selepas itu,kami yang lelaki berkumpul pada malam raya untuk bersama-sama bermain benda yang pada biasanya orang skrang main pada malam raya,iaitu MERCUN.Selain itu,yang perempuan duduk dalam rumah,sambil-sambil duk berkongsi cerita-cerita menarik antara mereka.Pada masa itu,kelihatan wajah datok dengan nenek sangat gembira kerana dapat melihat bersatunya keluarga yang besar,tambah-tambah lagi bila dapat tengok cucu bermain bersama-sama mereka,kerana pada masa sekarang kadang-kadang sepupu sendiri pun macam malu-malu.





   selepas itu,kami balik ke rumah datok untuk berehat kerana penat bermain pada malam itu,ada yang berpeluh-peluh sambil kena mandi untuk nak tidur dengan selesa.Kami tidur sekali semua sepupu yang lelaki depan TV sambil layan cerita sebelum tidur.Sampai semua tertido dengan keadaan kepenatan sampai TV terbuka sampai pagi.Walaupun penat kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama bermain pada malam itu.





  



  

Thursday 22 March 2018

Kampung(SEBERANG JELI)

  Assalamualaikum,pada pagi jumaat ini,saya ingin berkongsi tentang kampung halaman saya di jeli,kelantan.Jeli merupakan tempat tinggal datok dan nenek saya.Ianya juga antara tempat saya tinggal masa umur saya 4 tahun,kerana datok nak duduk dengan cucu dia la kot..Bagi saya jeli merupakan tempat saya banyak belajar semasa saya kecil,nenek dan datok saya merupakan pekebun.Oleh itu,pada masa yang sama semasa mereka pergi ke dusun,saya ikut sekali,dan disitu saya rasa menarik bila di dusun kerana disana banyak terdapat buah-buahan seperti rambutan,langsat,jambu,pelbagai jenis durian,dan banyak lagi.Selain itu,saya juga pernah mengutip getah bersama meraka..



 Gambaran dusun

  Tidak lupa juga kepada sepupu saya,yang sama umur dengan saya bersama-sama tinggal bersama mereka.Sepupu atauoun lebih dikenali sebagai (Pok Dit),banyak perkara yang kami buat bersama-sama semasa tinggal di kampung mahupun dusun.Sebagai contoh pergi makan buah-buahan,mandi sungai.Kami juga pernah kena marah dengan datok,sebab pada masa itu,dia panggil kami untuk balik makan tengahari,tapi mandi punya syok sampai tidak dengar panggilan itu.๐Ÿ˜ข

Sungai


  Masih segar lagi dalam ingatan tentang peristiwa yang menarik masa kecil.Saat paling sedih juga boleh dikatakan ialah bila terpaksa meninggalkan orang yang sayangkan kita.Pada masa itu,saya bermain dengan sepupu masa itu,kami bermain bersama-sama juga dengan jiran yang berdekatan.Ibu bapa saya balik kampung juga untuk berjumpa dengan nenek dan datok.Saya merasa sangat gembira bila tengok kereta yang saya kenal mari,saya bergegas manuju kearah kereta.Selepas itu,bersalam dengan abah dengan umi.mereka memeluk saya..Kelihatan pada muka mereka sangat gembira bila dapat juga dengan saya,tapi kelihatan muka sedih pada wajah datok dengan nenek saya.๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

  Selepas itu,abah dengan umi bersalam dengan mereka.dan masuk dalam rumah.dan tidur untuk semalaman kerana kampung(jeli) dengan rumah saya lebih kurang 90KM.Oleh itu,berehat semalaman kerana jauh perjalanan.Pada malam itu,saya rasa seronok sangat kerana dapat tahu yang abah dengan umi datang untuk ambik saya pulang,kerana nak masuk tahun baru,sebab masa umur 5 tahun,saya kena pergi sekolah.Oleh itu,terpaksa bawak saya pulang kerana nak start pembelajaran.

  Pada keesokkan paginya,selepas dari makan pagi semua kira-kira dalam pukul 10.30 pagi.dan buat semua aktiviti saya semasa pagi.abah dengan umi cakap jom balik,saya rasa sangat-sangat gembira.dan umi suruh pergi salam dengan datok dan nenek saya.Dan pada masa itulah saya tengok waja muka mereka nampak kesedihan.nenek dan datok saya memeluk saya dengan erat sangat.Dan juga meraka bagi kepada saya duit bewarna merah(RM10).Pada masa itu saya rasa duit itu sangat-sangat banyak,sbb selalu ada duit warna biru ja(RM1).๐Ÿ˜Pastu meraka pesan belajar rajin-rajin dengar cakap abah dengan umi..saya ucapkan terima kasih kepada meraka,sambil senyum-senyum.selepas itu,saya pergi masuk dalam kereta...

  Bagi,saya datok saya merupakan seorang yang penyayang kepada keluarganya,kerana tegas dalam melakukan apa-apa sahaja.saya selalu kena marah dengan dia.tapi saya rasa sangat gembira juga sebab sekarang baru saya sendiri pun sedar yang marah sebab sayang.Selain itu, nenek saya juga merupakan seorang yang penyabar dan sentiasa menolong saya ketika saya kena marah dengan datok,walaupun benda yang saya buat adalah saya.



  

Thursday 15 March 2018

Loghat Kelantan

Bahasa Melayu Kelantan,atau dikenali sebagai "kecek kelate"ialah sebutan ataupun lisan pertuturan dalam bahasa kelantan.Loghat Kelantan juga banyak digunakan di daerah-daerah ataupun sempadan dengan kelantan,sebagai contoh,Besut,Terengganu daerah gerik,Perak sempadan negara jiran iaitu Thailand,sebagai contoh sungai golok,patani,munduk,Thailand.


'kecek kelate'


Contoh dialek kelantan dengan bahasa melayu baku..



Bunga Bahasa Kelantan,

Saya = ambo
Contoh ayat:ambo org kelete.
Kamu =demo
Contoh ayat:demo mari mano lagi?
Macam = lagu

Contoh ayat:lagu mano nok wak goni
Apa khabar = guano gamok
Contoh ayat:guano gamok ari nie?
Sekarang = loning

Contoh ayat:duk wak gpo loning?
Ini = ining

Contoh ayat:ining mugo gapo?
Tidak ada = tadok

Contoh ayat:tadok gpo eh?
Apa = gapo

Contoh ayat:duk wak gapo tuh?
Mengapa = bakpo
Contoh ayat:bakpo jadi gini?
Datang = mar
i
Contoh ayat:pakak mari belako tuh!
Pergi = gi
Contoh ayat:gi koloh ko tidok ari nie?
Cakap = royak
Contoh ayat:acu royak sikit gak?
Beri = bui
Contoh ayat:bui la gotuh ko dio

Bahasa kelantan juga sangat unik kerana kebanyakkan tempat-tempat sempadan kelantan banyak juga yang mengunakan bahasa melayu kelantan.Sebagai contoh,saya yang sekarang ini belajar dekat negeri orang,iaitu pulau pinang,pada mula-mulanya,agak susah untuk diri saya untuk berkomunikasi dengan orang yang bukannya faham bahasa kelantan.pada mulanya,saya mula belajar untuk belajar bahasa utara pula..walaubagaimanapun,saya dapat mengesan seseorang individu dari negeri mana ialah dengar cara percakapan dia.saya dapat kenal ramai kawan-kawan yang dari kelantan dengan masuk bergaul dengan mereka.menegur ketika berjumpa..


Lagu dalam loghat kelate.
(ambo raso brkene)

bola duk gewe nok pese kalu raso tidok berkene nati ke jdi sakit hati sjo2...ohhhhhh,,,ohhhhhhh,ohhhhhhh,ohhhhhh
org sedak kelih org kulit putih leboh lembut gayo baik budi bhaso sari tok kelih aih nok duduk tok leh nanti dale dado tok thu nok kato tpi ambo bimbe takotnyo tok laye mugo balik kawe serbo-serbi kure,,,ohhhhhh,ohhhhhh,ohhhhh,

sain mulonyo kito bersian kalu dey lamo jadi laagu lain,,ohyeah,,,,ohhh,ohhh,ohhh,ohhh.
nyo mari raso tidok sedak sedak hati kita duduk lagu nie yayayayaya,,ohohohoho,,nanananananana,,lalalalalala,,,emmemee,,

adik-adik dibantu pelajare tuntu lah ilmu dari skolah lagi,yoo,,,jage mu duk lagho..