Thursday 18 January 2018

Traditional Games

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah ,congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.




Congkak
 Pertamanya,Congkak merupakan antara permainan tradisional yang popular di kelantan dan dipercayai telah lama wujud yakni semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Mengikut catatan sejarah, Congkak ini tidak dapat dipastikan asal usulnya yang sebenar lantaran ada pendapat yang mengatakan bahawa Congkak berasal dari Afrika dan ada juga yang mengatakan Congkak datang dari Tanah Arab. 
Congkak

Congkak biasanya dimainkan oleh dua orang yang duduk secara berhadapan dengan Congkak dan kedua-dua pemain akan bermula serentak. Buah akan dimasukkan satu demi satu ke dalam lubang sehingga buah yang terakhir. Jika buah yang terakhir sampai ke dalam lubang yang kosong dan lubang tersebut berada di sebelah pihak lawan maka pemain tersebut akan dianggap kalah. Permainan Congkak di kelantan ini dianggap mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat kerana Congkak bukan sahaja dimainkan oleh kaum wanita, malah kaum lelaki juga handal bermain Congkak.
contoh:cara bermain

Wau
Seterusnya,Wau ini juga telah diangkat untuk dijadikan sebagai salah satu tradisi negeri Kelantan.Wau ini juga telah diangkat untuk dijadikan sebagai salah satu tradisi negeri Kelantan. Antara wau yang terkenal ialah Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Puyuh, Wau Kebayak dan Jala Budi.


Wau Bulan

Biasanya akan diterbangkan di udara sebagai permainan di waktu lapang. Negeri-negeri lain di pantai barat dan semenanjung Malaysia menggunakan perkataan layang-layang berbanding wau. Antara wau yang paling popular ialah Wau Bulan. Wau Bulan dihasilkan dengan saiz yang lebih besar berbanding wau-wau lain. Bentuknya juga menyerupai bulan sabit di bahagian hadapan dan separa bulat pada bahagian ekornya.

Wau Kekek

Wau Puyuh

Wau Kebaya

Jala Budi

Batu Seremban
Selain itu,Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan kemudiannya disambut kembali. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain dan biasanya dimainkan oleh golongan perampuan.Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah 5 biji batu dan biasanya ia dimainkan di dalam rumah.



Sepak raga
Justeru,sepak raga merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring  yang  memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.


Bola Sepak Raga

Gasing
Selain itu,Gasing Ianya diperbuat daripada kayu berbentuk bujur dan mempunyai paku panjang. Gasing merupakan satu lagi permainan tradisional yang terkenal. Gasing ialah sejenis alat permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Ia telah dimainkan sejak dahulu kala dan terkenal di kalangan orang-orang Melayu




Gasing yang diperbuat daripada kayu jambu, mengeluarkan dengungan yang amat menarik ketika dipangkah. Dengungan itu menjadi salah satu kemegahan kepada pemangkahnya. Jika dilempar dengan betul, gasing ini kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.

No comments:

Post a Comment