Thursday 18 January 2018

Traditional Food In Kelantan


   Kelantan kaya dengan pelbagai jenis makanan yang unik dan lazat. Ini menjadikan Kelantan agak sinonim dengan makanan Tradisional yang pasti akan menarik minat masyarakat dari dalam dan luar Kelantan. Makanan yang terdapat di Kelantan pastinya mempunyai rasa yang berbeza dan jika mereka dijual di negeri lain, pastinya tidak akan sama dengan keasliannya di Kelantan. Antara makanan yang popular dari Kelantan yang mungkin hilang atau tidak diketahui oleh negara-negara lain adalah Nasi Kerabu, Nasi Manis, Nasi Tumpang, Kuih Butir Nangka, Pulut Panggang, Kuih Akok, Ayam Percik Kuah Putih, Sira Labu dan Kerabu Sarea

Nasi kerabu ayam goreng


Nasi kerabu daging bakar

 Location:Nasi Kerabu Azma,Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan, Malaysia

Nasi kerabu yang berasal dari Kelantan dikatakan unik kerana nasinya yang berwarna biru dan kadangkalanya boleh didapati juga dalam warna kuning. Pun begitu, Nasi Kerabu berwarna biru adalah lebih popular. Nasi Kerabu ini dimakan bersama ulam dan sambal ikan yang dicampur bersama kerisik kelapa. Bersama Nasi Kerabu ini juga, anda boleh memilih laut kesukaan anda seperti ayam, ikan mahupun daging. Kebiasaanya, masyarakat Kelantan lebih gemar memakan Nasi Kerabu ini bersama keropok kering dan solok lada. Nasi Kerabu ini juga boleh didapati di mana-mana negeri lain.

Nasi kerabu ikan goreng


Selain Nasi Kerabu, Nasi Manis juga merupakan salah satu makanan tradisi Kelantan yang cukup digemari oleh masyarakatnya. Kebiasaanya, Nasi Manis ini akan dimakan sebagai pencuci mulut tanpa adanya sebarang lauk. Masyarakat Kelantan seringkala menyediakan Nasi Manis ini di acara-acara perkahwinan sebagai manisan. Nasi Manis atau dikenali juga sebagai pulut pagi ini mudah didapati di kedai-kedai yang menjual sarapan pagi. 



Nasi manis




Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Nasi Tumpang. Nasi Tumpang ini dahulunya merupakan makanan asas petani di Kelantan sebagai bekal ke tempat kerja mereka dan makanan ini merupakan antara salah satu makanan yang unik di sana. Nasi Tumpang ini biasanya dibungkus dalam daun pisang dan berbentuk kon. Nasi Tumpang ini biasanya nasi dengan lapisan berbeza yang mana setiap lapisan nasi putih akan diselang seli dengan lauk yang berbeza. Biasanya, lauk yang dibungkus bersama Nasi Tumpang ini ialah serunding ikan, dagang atau udang, ikan masak kari, sambal cili dan timun. 






Nasi tumpang









Location : Belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, Lot 766, Kampung Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan










Kuih Butir Nangka merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan malah turut terdapat di Terengganu. Kuih Butir Nangka ini biasanya mempunyai rasa yang berlemak dan sedikit manis. Ianya diperbuat seperti pengat dan dimakan bersama kuah. Kuih ini biasanya akan didapati dalam warna hijau yang menggunakan perahan air daun pandan. Namun begitu, Kuih Butir nangka kini, boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiznya adalah bulat kecil sperti biji nangka. Disebabkan itulah, kuih ini diberi nama Kuih Butir Nangka.

Kuih Butir Nangka



Pulut panggang mudah didapati di mana-mana warung di Kelantan kerana ianya cukup sinonim dengan sarapan pagi masyarakat Pantai Timur ini. Selain di Kelatan, Put panggang ini juga turut terkenal di Terengganu dan dikenali sebagai Pulut Leppe. Yang membezakannya mungkin pada pulut tersebut yang mana di Kelantan Pulut panggangnya berwarna merah keperangan dan rasanya juga lebih manis. Mankala, Pulut Leppe di Terengganu, warnanya seakan-akan kelabu.



Pulut Panggang


Kuih Akok sangat popular dan banyak dijual di bazar-bazar Ramadhan terutamanya di Kelantan dan juga Terengganu. Kuih Akok ini biasanya didapati dalam dua warna iaitu warna keperangan dan hijau yang terhasil daripada pengaruh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan. Kuih Akok ini dikatakan berasal dari Pattani dan dibawa masuk ke Kelantan lantaran ianya merupakan negeri yang terletak berhampiran dengan Kelantan.




Kuih Akok


Ayam Percik di Kelantan merupakan ayam percik lain daripada yang lain. Jika, di Malaysia kuah ayam percik didapati dalam warna sedikit oren. Namun, di Kelantan Ayam Percik yang paling popular adalah Ayam Pecik berkuah putih dan jarang didapati di negeri lain. Rasa ayam percik kuah putih ini juga lain kerana rasanya lebih berlemak dan sedap. Ayam Percik Kuah Putih ini mereupakan salah satu makanan yang popular di Kelantan.




Ayam Percik


Di Kelantan juga, anda berpeluang untuk menikmati kenakkan Sira Labu yang menjadi makanan tradisi masyarakat Kelantan. Sira Labu ini biasnya dimakan sebagai pencuci mulut sambil bersantai di waktu petang. Sira Labu ini sangat sedap dengan rasanya yang cukup manis sesuai dengan rakyat Kelantan yang sememangnya menggemari makanan yang manis-manis.




Sira Labu

Makanan tradisi Kelantan yang lainnya ialah Kerabu Sare. Kerabu Sare ini juga popular terutamanya ketika bulan Ramadhan. Kerabu sare ini biasanya diperbuat daripada rumpai laut yang sedap di makan bersama nasi putih. Bersama Kerabu Sare ini, dilengkapi dengan sambal tumis dan isi ikan. Untuk mendapatkan rasa kerabu yang sedap, Kerabu Sare ini perlu dimasak dan memerlukan banyak bahan-bahan yang lain. Kerabu Sare ini mungkin tidak ada di negeri lain kecuali di Kelantan dan Terengganu yang mungkin sudah biasa dengan makanan ini.


Kerabu Sare

Makanan-makanan yang disebutkan tadi semuanya berasal dari pantai timur terutamanya di Kelantan. Ianya cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang kaya dengan makanan yang unik, menarik serta sedap. Bagi anda yang berpeluang berkunjung ke Kelantan, boleh mencuba makanan-makanan tradisi yang terdapat di Kelantan yang pastinya akan memuaskan hati anda.

No comments:

Post a Comment