Thursday, 29 March 2018

Tempat-tempat bersejarah


  Assalamualaikum,pada malam yang indah, dingin-dingin anginnya,saya ingin berkongsi tempat-tempat yang bersejarah di negeri kelahiranku ini,iaitu negeri kelantan. Tempat-tempat ini juga antara tempat yang menpunyai sejarah yang tersendiri. Sebagaimana mana-mana tempatpun mempunyai sejarah keunikan ceritanya tersendiri.Antara contoh-contoh tempat bersejarah ialah yang paling dekat dengan rumah saya ialah Masjid kampung laut,Makam Raja Abdullah, Istana batu,Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Masjid Kampung Laut

  Menurut cerita tradisi,masjid kampung laut dulunya di daerah tumpat tetapi pada masa sekarang ini berada di nilam puri, masjid ini juga antara masjid tertua di asia tenggara. pada masa dulu,orang zaman dulu sama-sama bekreja untuk mengangkat sebuah masjid dari daerah tumpat ke nilam puri.atas sebab banjir.seperti mana yang kita tahu penduduk orang zaman dulu bekerja sama untuk mengangkat rumah.Pada masa yang sama,membinaan masjid kampung laut sangat unik kerana tidak menggunakan paku untuk mencantum-cantumkan antara kayu dengan kayu,dia menggunakan konsep masuk.



Makam Raja Abdullah

  Dalam tahun 1671 baginda Raja Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai. Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.



 Istana Batu
Istana batu telah dibina pada 1939,pembinaan semasa zaman pemerintahan sultan ismail.Ia menempatkan Muzium Diraja dan sebelum ini digunakan sebagai tempat untuk perkahwinan diraja dan sebagai sebuah rumah tetamu untuk melawat royalti.Muzium Diraja kini berkhidmat sebagai repositori untuk sejarah keluarga diraja Kelantan dan memaparkan pakaian, gambar, perak, perabot dan barangan istana Sultan bekas.


Masjid Muhammadi Kota Bharu

 Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.ianya juga manjadi lambang kemegahan negeri kelantan.Pada kebiasaan waktu solat memang boleh dikatakan setiap waktu memang ramai orang yang solat secara berjemaah di masjid muhammadi.




No comments:

Post a Comment