rumah kampung
Sementara menuggu waktu berbuka puasa,kami yang lelaki pergi bermain kat luar rumah seperti berjalan beramai-ramai keliling kampung,bagi yang perempuan pula mereka macam biasa la kena sediakan makanan untuk berbuka puasa.Kedengaran kat dapur sungguh bising sebab bila jumpa adik-beradik pastu dapat bersama-sama,perasaan nampak sungguh ceria.kami pula yang lelaki sepupu yang umur hampir-hampir sebaya pergi ronda kampung berjalan kaki beramai-ramai sambil berkongsi cerita menarik masing-masing.
jalan kampung
Selain itu,pada masa berbuka puasa pula,pelbagai jenis makanan yang ada sampai tidak tahu untuk nak makan yang mana sebab semua nampak sedap,biasalah masa itu kan,puasa-puasa.Masa berbuka puasa diantara masa yang mana semua berkumpul disuatu tempat iaitu berbuka puasa bersama-sama.Antara lauk untuk berbuka puasa yang paling bagi sayalah ialah ayam perchik kuah banyak.Banyak lagi makanan lain yang ada,sebagai contoh ayam goreng,daging bakar,ulam-ulam,dan tidak lupa juga minuman yang pelbagai jenis.
ayam perchik
contoh hidangan
Selepas selesai berbuka puasa,kami bergegas untuk solat maghrib secara berjemaah,dekat surau yang berdekatan dengan rumah datok.Selepas itu,kami yang lelaki berkumpul pada malam raya untuk bersama-sama bermain benda yang pada biasanya orang skrang main pada malam raya,iaitu MERCUN.Selain itu,yang perempuan duduk dalam rumah,sambil-sambil duk berkongsi cerita-cerita menarik antara mereka.Pada masa itu,kelihatan wajah datok dengan nenek sangat gembira kerana dapat melihat bersatunya keluarga yang besar,tambah-tambah lagi bila dapat tengok cucu bermain bersama-sama mereka,kerana pada masa sekarang kadang-kadang sepupu sendiri pun macam malu-malu.
selepas itu,kami balik ke rumah datok untuk berehat kerana penat bermain pada malam itu,ada yang berpeluh-peluh sambil kena mandi untuk nak tidur dengan selesa.Kami tidur sekali semua sepupu yang lelaki depan TV sambil layan cerita sebelum tidur.Sampai semua tertido dengan keadaan kepenatan sampai TV terbuka sampai pagi.Walaupun penat kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama bermain pada malam itu.
No comments:
Post a Comment