Assalamualaikum,pada malam yang indah saya ingin berkongsi tentang pengalaman pindah sekolah,bagi kita semuakan pindah sekolah adalah benda biasa yang berlaku pada zaman sekarang.tetapi bagi aku adalah sesuatu yang sangat-sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan kawan-kawan yang duduk dengan kira selama 3 tahun tambah-tambah lagi duduk di asrama bersama-sam,oleh itu,kawan itu sudah menjadi macam adik beradik kita sendiri.
Pada from 1-3,saya bersekolah di Maahad Syamsul Maarif (L).dan tambahan lagi tinggal di asrama bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain lagi.Pada mulanya sememangnya tidak mahu pindah sekolah tetapi keadaan memaksa, antara sebab utama adalah untuk menyambung pelajaran masa from 4 dalam aliran sains tulen.kerana di sekolah itu tidak ada aliran sains tulen.
Logo
Oleh itu,amat berat hari ini untuk meniggalkan teman-teman seperjuanggan dalam lebih kurang 3 tahun kami bersama dan boleh dikatakan mengenal sendiri peragai masing-masing macam mana?..Kerana setiap pertemuaan pasti ada perpisahan.
Dan masanya telah pun tiba,pada masa itu nama sekolah yang ingin bertukar adalah Maahad Pengajian Islam (MPI).
Logo
Pada mulanya,hari pertama masuk sekolah ini dengan keadaan kena berdikari kerana uruskan diri sendiri kerana abah dengan umi bekerja.Dan disini jugalah banyak pengalaman yang banyak mengajar.Yang paling tidak sangka adalah,saya tidak terlintas dalam fikiran yang mana ada orang yang saya kenal sejak dari kecil lagi yang mana sekolah dekat sini. Kami mula bertemu di kantin sekolah,pada masa itu,dia sedang makan nasi bersama-sam dengan rakan-rakannya yang lain.Dia orang yang menegur saya terlebih dahulu.Dan pada masa itu saya sangat-sangat terkejut dengan keadaan pada masa itu,kerana tiada orang yang saya kenal tetapi bila dapat tahu macam itu,saya rasa sangat gembira..Oleh itu, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia tersendiri,kerana setiap ujian yang diuji oleh Allah ada didalam kemampuan kita sendiri kerana Allah menguji hambanya didalam kemampuan tersendiri.