Assalamualaikum,pada hari jumaat ini,saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang makanan yang menjadi tarikan di kelantan yang membuatkan ramai pelancong dari luar kelantan yang antara sebab utama yang ingin datang ke negeri yang terkenal dengan keistimewaan rasa budu,dan tidak lupa juga dengan pada kebiasaannya orang timur iaitu kelantan, terengganu, dan juga pahang boleh juga dikatakan sangat meminati budu.
budu
Budu adalah sejenis makanan tambahan dalam pelbagai jenis makanan.Budu merupakan sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
pek-pek budu
Khasiat Budu
Budu juga menjadi tarikan kepada orang luar malaysia seperti Jepun, Amerika Syarikat (USA), Jerman ,dan banyak lagi. Ini kerana budu mempunyai khasiat tersendiri kerana telah dikaji oleh masyarakat luar negara. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di perap dalam tembaga untuk dikatakan disini bau budu agak ramai tidak suka tetapi bila dapat makan budu agak sedap sehingga tidak bau yang tidak menyenangkan itu menjadi sedap.Seperti mana yang kita sendiri tahu yang khasiat ikan bilis adalah kandungan protien yang sangat tinggi dan juga mempunyai zat-zat tersendiri.Vitamin juga terkandung banyak dalam budu.
Kelemahan Budu
Seperti ramai yang tahu budu mempunyai kelemahannya tersendiri kerana setiap sesuatu pasti ada kelebihannya dan juga tidak lupa dengan kelemahannya.Budu mempunyai badu yang tidak menyenangkan kerana benda yang diperap dalam tempayan semestinya berbau agak tidak menyenangkan,tetapi jika seseorang itu sangat meminati budu dia tidak menghiraukan baunya kerana rasanya sangat sedap sehingga menjilap jari-jemari.Budu juga mengandungi kadar bahan asid urik yang tinggi kerana di perbuat daripada ikan, oleh itu tidak sesuai untuk orang yang menghidap menyakit seperti gaut,kencing manis,darah tinggi, dan banyak lagi penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan penderitaan hidup.
Tambahan Dalam Budu Untuk Menyedapkan lagi..
Selain itu, untuk menambahkan lagi selera makan budu adalah dengan menambah sesuatu ke dalam budu untuk menyelerakan lagi rasa budu seperti tambahkan perisa untuk sedap dengan menambah buah durian kedalam budu,selain itu ada juga yang menambahkan lada untuk lebih pedas sebab orang ada pelbagai jenis ada yang minat benda itu dan juga ada yang minat benda ini,dan juga tidak lupa yang menambahkan limau untuk menyedapkan rasanya.
lada+limau+bawang kecil=😋😋😋
Budu juga sedap dimakan dengan campuran ulam yang cicak budu,hanya dengan nasi kosong+budu+ulam pun sudah menyelerakan.Oleh itu, kalau makan dengan nasi kosong pun dah sedap cuba bayangkan kalau makan dengan ikan bakar+budu+nasi kosong+ulam+durian..😀😋 orang cakap sehingga menjilap jari.
ulam+budu
set hidangan yang sempurna
Budu juga menjadi antara menu utama dalam membuat nasi kerabu,kalau tiada budu maka tidak manjadi nasi kerabu, kerana nasi kerabu adalah daripada campuran budu yang sedap.budu menjadi antara penguat kepada nasi kerabu agar bau lebih menyelerakan.
nasi kerabu
No comments:
Post a Comment