Thursday, 28 December 2017

Negeri Kelantan

 NEGERI KELANTAN


   
  
   Negeri kelantan juga antara negeri yang memiliki sejarah yang unik. negeri kelantan diantara negeri-negeri yang ramai orang melayu, mejoriti rakyat kelantan adalah orang melayu.Oleh itu,negeri ini sangat unik daripada negeri-negeri lain. negeri kelantan terbahagi kepada beberapa daerah-daerah,sebagai contoh,pasir puteh,pasir mas,machang,tanah merah, dan sebagainya.

  Negeri kelantan juga mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik di kelantan sebagai contoh,pasar malam dekat pasar wakaf che yeh. Pasar ini,beroperasi pada kebiasaan waktunya pada waktu malam,sehingga lewat malam,kebanyakkan orang luar dari kelantan sebagai contoh orang dari kuala lumpur,yang datang ke kelantan.pada malam minggu keadaan jalan pada malam itu,agak sibuk kerana keadaan kenderaan yang banyak menyusuri masuk ke dalam pasar untuk mendapat barangan yang murah-murah.

contoh situasi.


  Selain itu, negeri kelantan juga boleh dikatakan mejoriti masyarakat kelantan juga gemar melakukan aktiviti luar seperti menanam, bersawah, menangkap ikan.Sebagai contoh masyarakat kelantan pergi menangkap ikan di laut untuk mencari rezeki,mereka keluar untuk pergi ke laut pada awal pagi selepas subuh.Justeru,ada juga yang menangkap ikan dengan memancing ikan tetapi seperti mana yang kita tahu,pergi ke laut lagi banyak dapat ikan daripada memancing kerana laut ada banyak-banyak jenis ikan yang ada.


 memancing ikan

menangkap ikan


  Selain itu, masyarakat kelantan yang kaum perepuan juga boleh dikatakan gemar bekerja sebagai perniaga kerana 9/10 rezeki datang daripada beniaga.Oleh itu, kebanyakan kaum perempuan beniaga di tempat-tempat yang besar untuk mencari rezeki sebagai contoh Pasar Siti Khadijah. Boleh dikatakan pasar siti khadijah mejoriti yang beniaga semuanya daripada kaum wanita.




Thursday, 21 December 2017

Budu


  Assalamualaikum,pada hari jumaat ini,saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang makanan yang menjadi tarikan di kelantan yang membuatkan ramai pelancong dari luar kelantan yang antara sebab utama yang ingin datang ke negeri yang terkenal dengan keistimewaan rasa budu,dan tidak lupa juga dengan pada kebiasaannya orang timur iaitu kelantan, terengganu, dan juga pahang boleh juga dikatakan sangat meminati budu.


budu

  Budu adalah sejenis makanan tambahan dalam pelbagai jenis makanan.Budu merupakan sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

pek-pek budu

 Khasiat Budu

  Budu juga menjadi tarikan kepada orang luar malaysia seperti Jepun, Amerika Syarikat (USA), Jerman ,dan banyak lagi. Ini kerana budu mempunyai khasiat tersendiri kerana telah dikaji oleh masyarakat luar negara. Budu dihasilkan daripada ikan bilis yang di perap dalam tembaga untuk dikatakan disini bau budu agak ramai tidak suka tetapi bila dapat makan budu agak sedap sehingga tidak bau yang tidak menyenangkan itu menjadi sedap.Seperti mana yang kita sendiri tahu yang khasiat ikan bilis adalah kandungan protien yang sangat tinggi dan juga mempunyai zat-zat tersendiri.Vitamin juga terkandung banyak dalam budu.


 Kelemahan Budu

  Seperti ramai yang tahu budu mempunyai kelemahannya tersendiri kerana setiap sesuatu pasti ada kelebihannya dan juga tidak lupa dengan kelemahannya.Budu mempunyai badu yang tidak menyenangkan kerana benda yang diperap dalam tempayan semestinya berbau agak tidak menyenangkan,tetapi jika seseorang itu sangat meminati budu dia tidak menghiraukan baunya kerana rasanya sangat sedap sehingga menjilap jari-jemari.Budu juga mengandungi kadar bahan asid urik yang tinggi kerana di perbuat daripada ikan, oleh itu tidak sesuai untuk orang yang menghidap menyakit seperti gaut,kencing manis,darah tinggi, dan banyak lagi penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan penderitaan hidup.


 Tambahan Dalam Budu Untuk Menyedapkan lagi..

  Selain itu, untuk menambahkan lagi selera makan budu adalah dengan menambah sesuatu ke dalam budu untuk menyelerakan lagi rasa budu seperti tambahkan perisa untuk sedap dengan menambah buah durian kedalam budu,selain itu ada juga yang menambahkan lada untuk lebih pedas sebab orang ada pelbagai jenis ada yang minat benda itu dan juga ada yang minat benda ini,dan juga tidak lupa yang menambahkan limau untuk menyedapkan rasanya.


 durian+budu=😋

lada+limau+bawang kecil=😋😋😋

  Budu juga sedap dimakan dengan campuran ulam yang cicak budu,hanya dengan nasi kosong+budu+ulam pun sudah menyelerakan.Oleh itu, kalau makan dengan nasi kosong pun dah sedap cuba bayangkan kalau makan dengan ikan bakar+budu+nasi kosong+ulam+durian..😀😋 orang cakap sehingga menjilap jari.




ulam+budu

set hidangan yang sempurna

  Budu juga menjadi antara menu utama dalam membuat nasi kerabu,kalau tiada budu maka tidak manjadi nasi kerabu, kerana nasi kerabu adalah daripada campuran budu yang sedap.budu menjadi antara penguat kepada nasi kerabu agar bau lebih menyelerakan.

nasi kerabu