Kampung kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu ini adalah antara lokasi pelancongan utama Negeri Kelantan.Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong.
![]() |
Pintu masuk Kampung Kraftangan |
Pembinaan Kampung Kraftangan telah disiapkan pada 27 July 1991, dan upacara perasmian disempurnakan oleh Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, selaku Raja Perempuan Kelantan pada ketika itu. Setelah pembukaan rasmi Kampung Kraftangan, pentadbiran dan penyelenggaran Kampung Kraftangan telah diserahkan kepada Yayasan Kraftangan Kelantan.

Contoh:rupa dalam rumah kraftangan
Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan.Barangan tersebut meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.Antara yang menarik....
